Achievement

10 anak tempatan jadi inspirasi dunia perniagaan

• Oleh MOHAMMAD ASYRAF KHALIB - UTUSAN MALAYSIA ONLINE (NASIONAL)

• 27 Januari 2021, 10:32 am

PEPATAH Melayu mengatakan, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, begitulah analogi tepat untuk menggambarkan kejayaan seseorang. Jika ia tidak usahakan, mana mungkin rezeki datang sendiri. Ikuti kupasan menarik mengenai 10 kisah usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang boleh dijadikan inspirasi bersama.

8. Nazim Mohamad Yusoff – EMB Habbatus Sauda

Cekal dan hebat, ini istilah paling sesuai untuk menggambarkan peribadi pengasas produk EMB Habbatus Sauda.

Nazim Mohamad Yusoff, 49 berasal dari Pulau Pinang, memulakan perniagaan hasil sokongan dan usahasama keluarganya sendiri.

Menyedari potensi dan keberkesanan minyak Habbatus Sauda, Nazim tekad menghasilkan produk terbaik untuk pengguna.

Berkongsi mengenai cabaran memulakan perniagaan, Nazim berkata penghasilan produk EMB Habbatus Sauda tidak semudah disangka.

“Kami perlu mendaftar produk dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), pengilang ubat sah dan mengikut segala prosedur ditetapkan.

“Banyak kos dibelanjakan untuk itu, namun kami tetap menyahut cabaran dan meneruskan usaha hingga berjaya,” kongsi Nazim.

Berkat usaha, produk mereka berjaya memperoleh kelulusan NPRA serta mendapat pensijilan MeSTI dan Halal.

Ia pencapaian yang cukup membanggakan kerana proses untuk mendapatkan pengiktirafan pihak berkenaan sangat rumit.

“Jangan menyerah kalah dalam perjuangan. Kita harus percaya dengan diri sendiri dan hiraukan pandangan negatif orang,” pesan Nazim.